PERMAINAN TRADISIONAL GASING
Official Website For CFT 1063 (Asas Multimedia dan Teknologi Web
Warisan Identiti Anak Melayu
PENGENALAN.
Gasing adalah sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Kebiasaannya, gasing dimainkan selepas musim menuai. Di samping itu, permainan gasing turut dijadikan sebagai pertandingan permainan gasing antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing pula diperbuat daripada kulit pokok bebaru. Tetapi, pada masa kini, tali gasing diperbuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Kebiasaannya panjang talinya adalah 1 meter panjang. Seterusnya, minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing asalnya adalah Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘gah berpusing’. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.merupakan senjata untuk memburu binatang. Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang buruan. Idea permainan gasing dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya bertujuan menguji kecekapan melempar gasing ke sasaran.
Gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat (sonneratia alba).
Inspirasi gasing dari buah "berambang"
SEJARAH GASING
Gasing adalah permainan rakyat melayu yan memiliki keragaman asal usul, di antaranya diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia alba) yang memiliki struktur bulat pipih, licin dan mudah diputar di atas lantai yang datar. Kemudian, struktur buah perepat ini diadaptasikan pula pada kayu yang dibentuk seperti telur, di bawahnya ditancapkan paksi (sejenis besi berukuran kecil seperti paku yang runcing) agar dapat diputar lama dan seimbang di atas lantai. Ada pula yang berpendapat bahawa permainan gasing terinspirasi dari salah satu jenis alat perburuan selalu yang berbentuk bulat dan pipih. Alat tersebut diikat dengan tali, lalu dilempar ke arah sasaran, kemudian ditarik lagi. Ketika dilemparkan, alat tersebut berputar dengan kencang sebelum mengena sasarannya. Alat ini banyak diminati oleh para pemburu, kerana ianya sangat mengena pada sasaran. Disebabkan hal itu, setiap kali berburu alat ini tidak akan berpisah dengan kehidupan seorang pemburu. Ada juga yang mennyatakan permainan ini berasal daripada ‘Laga telur’.
GASING
BAHAN DAN ALAT PERMAINAN.
Gasing diperbuat daripada kayu. Tetapi kayu yang paling sesuai untuk membuat gasing ialah dari spesis merbau. Contohnya, merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Ini kerana kayu ini mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Kayu-kayu yang juga boleh digunakan untuk membuat gasing ialah seperti kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga dan keranji. Tetapi kayu yang paling mudah didapati di mana-mana dan sering digunakan untuk membuat gasing ialah manggis, jambu batu, ciku dan asam jawa.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum itu, besi berbentuk paku harus dibenamkan ke dalam kayu untuk mendapat keseimbangan supaya mendapat segi bulatnya. Setelah mendapat bentuk gasing, alat terakhir yang diperlukan adalah timah, yang dililit pada badan gasing itu supaya gasing itu berat hingga seberat lima kilogram dan tidak mudah serpih. Selepas itu, gasing yang hampir siap dikilatkan dengan varnis supaya kelihatan cantik dan menarik walaupun berat. Gasing boleh berbentuk leper.
TEMPAT PERMAINAN
Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras atau diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih kurang satu hingga dua meter. Kini ada pemain yang membuat bong menggunakan kayu pada saiz yang sama dan diletakkan kain di atasnya.