PENGENALAN
Gasing adalah sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Kebiasaannya, gasing dimainkan selepas musim menuai. Di samping itu, permainan gasing turut dijadikan sebagai pertandingan permainan gasing antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing pula diperbuat daripada kulit pokok bebaru. Tetapi, pada masa kini, tali gasing diperbuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Kebiasaannya panjang talinya adalah 1 meter panjang. Seterusnya, minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.